Dari kiri Pengarah Eksekutif Kumpulan Pemasaran UMW Toyota, Mohd Shamsor Mohd Zain,   Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K.,  Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Takashi Obata  dan Ketua Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Murallitharan Munisamy  pada majlis penyerahan sumbangan Toyota Outrun 2023.
Dari kiri Pengarah Eksekutif Kumpulan Pemasaran UMW Toyota, Mohd Shamsor Mohd Zain, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Takashi Obata dan Ketua Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Murallitharan Munisamy pada majlis penyerahan sumbangan Toyota Outrun 2023.
PIHAK pengurusan UMWT bersama wakil kehormat dari NCSM ketika upacara penyerahan sumbangan Toyota Outrun 2023.
PIHAK pengurusan UMWT bersama wakil kehormat dari NCSM ketika upacara penyerahan sumbangan Toyota Outrun 2023.
Lizam Ridzuan


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengukuhkan komitmen terhadap masa depan untuk semua lapisan dengan menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) melalui kempen Start Your Impossible (SYI).

UMWT yakin sumbangan ini akan membantu NCSM untuk mengembangkan dan menambah baik perkhidmatan programnya.

Start Your Impossible (SYI) ialah kempen penjenamaan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) yang dilancarkan sempena Sukan Olimpik Tokyo pada 2020.

Selaras dengan kempen ini, UMWT memperkenalkan acara tahunan Toyota Outrun yang diadakan bukan sahaja untuk mempromosikan imej jenama yang lebih dinamik, tetapi juga untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat mobiliti yang inovatif.

Hasil kutipan dari acara ini akan disalurkan khusus kepada Badan Bukan Kerajaan seperti NCSM.

Presiden UMW Toyota Datuk Ravindran K. berkata, di UMWT mereka percaya kepada kuasa transformasi yang dijayakan menerusi kerjasama dan untuk menjadi sebuah syarikat mobiliti yang inovatif, misi mereka bukan sahaja terhad kepada segmen automotif sahaja.

"Ianya melibatkan usaha kami untuk memberi impak yang mendalam dan bererti kepada kehidupan semua seterusnya membentuk masa depan yang lebih cerah dan bermakna untuk semua dan seiring dengan Slogan UMWT, iaitu Move Your World, ia mendorong komitmen kami untuk memastikan UMWT terus maju ke hadapan," katanya.

Hasil kutipan daripada acara Toyota Outrun 2023 mencapai kejayaan membanggakan sebanyak RM170,000 dan ia diharapkan dapat membantu NCSM sebuah pertubuhan kanser bukan berasaskan keuntungan yang menjadi pelopor dalam penjagaan kanser di Malaysia.

Sejak penubuhannya pada 1966, NCSM menyediakan perkhidmatan pendidikan, penjagaan dan sokongan kepada pesakit kanser dan orang awam.

Dana yang terkumpul dari Toyota Outrun ini akan disalurkan bagi tujuan memperkasakan perkhidmatan NCSM, membolehkan inisiatif penting seperti Program Saringan Kanser dan Pemeriksaan Kesihatan Komuniti termasuk Jejak Kanser dan Kempen Vaksinasi dapat diteruskan.

Selain itu, sumbangan itu juga akan digunakan untuk tujuan pengangkutan harian bagi pesakit yang tinggal di Rumah Kanak-kanak dan Warga Emas untuk mendapatkan rawatan perubatan.

"Kerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia membuktikan dedikasi kami untuk mencipta perubahan positif serta hasrat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran, pendidikan dan sokongan kepada masyarakat dan menyakinkan bahawa mereka mempunyai sistem sokongan yang utuh dalam melawan penyakit kanser," tambah Ravindran.

Majlis penyerahan rasmi sumbangan itu berlangsung di Pejabat UMWT Shah Alam dan disaksikan oleh wakil pengurusan kanan dari UMWT bersama wakil-wakil kehormat dari NCSM.

Kerjasama antara UMW Toyota Motor dan NCSM ini mengambarkan sinergi yang kukuh antara tanggungjawab sosial dan korporat, dan menunjukkan bagaimana sesuatu organisasi itu boleh bersatu untuk memberi impak yang besar dan positif kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif UMWT dan maklumat terkini tentang usaha ke arah masa depan yang lebih mudah dicapai, sila layari laman web https://www.toyota.com.my/en/discover-toyota/start-your-impossible.html.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 11:04 AM