RATU Naga ketika ditemui selepas selesai dirakam keterangan di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
RATU Naga ketika ditemui selepas selesai dirakam keterangan di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Penyedia kandungan pro Perikatan Nasional (PN), Ratu Naga menyifatkan laporan polis ke atas sebagai palsu dan fitnah.

Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah dirakam percakapan hampir tiga jam selepas hadir bersama peguam di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, hari ini.

Katanya, dakwaan dia berkongsi semula tangkap layar dari akaun media sosial Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memfitnah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah adalah tidak berasas.

"Laporan dibuat ke atas saya adalah laporan palsu kerana saya tidak edit atau membuat apa-apa komen pun pada gambar berkenaan.

"Kita print screen (tangkap layar) benda (gambar) itu seadanya, kita tak ada edit atau apa seperti yang dituduh. Boleh tengok di 'wall' Netanyahu memang gambar itu ada.

"Mereka buat laporan polis ke atas orang yang salah. Saya akan buat laporan ke atas laporan palsu yang dibuat ke atas saya," katanya ketika ditemui selepas selesai dirakam percakapan, di sini, hari ini.

Sebelum ini Ratu Naga menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi satu video mengandungi tangkap layar memaparkan akaun media sosial Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Video berkenaan memaparkan gambar isteri Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu.

Mengulas lanjut katanya, hantaran itu bukan hanya dikongsi semula oleh dia malah ramai individu lain berbuat demikian sebelum hantaran itu tular.

"Memang ramai 'repost', sebelum saya buat pun ada juga sudah 'repost'. Saya 'repost' tidak bagi apa-apa komen, hantaran saya kosong sahaja," katanya.

Katanya, selain perlu menjawab lebih kurang 33 soalan, polis turut merampas telefon pintar miliknya bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis turut merakam percakapannya berhubung pembabitannya pada perhimpunan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat 25 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2023 @ 3:29 PM