Mayat mangsa di bawa ke Hospital Parit Buntar oleh pihak PDRM untuk bedah siasat. FOTO IHSAN APMM
Mayat mangsa di bawa ke Hospital Parit Buntar oleh pihak PDRM untuk bedah siasat. FOTO IHSAN APMM
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Parit Buntar : Satu mayat tanpa identiti ditemukan di bawah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, mayat ditemui terapung separuh badan oleh pasukan bot peronda APMM yang hendak bertambat di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau, jam 4.11 petang.

"Usaha mengeluarkan mayat dilakukan dengan bantuan polis dan komuniti setempat.

"Ia kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, mayat berkenaan dikatakan berhubung kait dengan seorang perempuan dewasa yang dilaporkan hilang pada 26 Oktober lalu.

Mangsa berusia 23 tahun dikatakan hilang dari kediamannya pada Subuh akibat kemurungan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Taiping sebulan lalu akibat penyakit tiroid.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2023 @ 2:08 PM