GURU yang ditahan polis kerana disyaki merogol pelajarnya 18 Oktober lalu dibebaskan dengan jaminan polis. FOTO Arkib NSTP
GURU yang ditahan polis kerana disyaki merogol pelajarnya 18 Oktober lalu dibebaskan dengan jaminan polis. FOTO Arkib NSTP
Abdul Rahemang Taiming

Tawau: Guru sebuah sekolah menengah di sini, yang ditahan polis kerana disyaki merogol pelajarnya 18 Oktober lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 36 tahun itu dibebaskan berikutan tempoh reman ke atasnya berakhir hari ini.

"Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377(C) Kanun yang sama.

Pada 19 Oktober lalu, suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di kawasan siar kaki (kaki lima) berhampiran sebuah premis di Kompleks Fajar, dekat sini, jam 9.58 malam susulan laporan dibuat oleh mangsa yang mendakwa telah dirogol oleh suspek.

Mangsa anak sulung daripada enam adik beradik itu yang juga pelajar Tingkatan Empat, mendakwa dirogol di dalam bilik rumah guru terbabit di Jalan Apas dekat sini antara jam 2.30 hingga 4.45 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2023 @ 11:49 AM