Melalui kempen “Dare to Dream”, seramai 500 peserta berpeluang menyertai klinik bola sepak dengan jurulatih antarabangsa. - FOTO Hiasan
Melalui kempen “Dare to Dream”, seramai 500 peserta berpeluang menyertai klinik bola sepak dengan jurulatih antarabangsa. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

MENJADI seorang pemain bola sepak profesional adalah impian belia yang meminati sukan bola sepak. 

Walaubagaimanapun, siapa sangka impian bergelar bintang bola sepak ini boleh direalisasikan melalui kempen tabungan yang ditawarkan oleh  MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menerusi Kempen "DARE TO DREAM" 

DARE TO DREAM


Melalui kempen "Dare to Dream", seramai 500 peserta berpeluang menyertai klinik bola sepak dengan jurulatih antarabangsa dari liga English Premier League, Wolverhampton Wanderers Football Club, juga dikenali sebagai Wolves, yang  dianjurkan di Malaysia.

Ini adalah peluang keemasan untuk mereka belajar daripada yang terbaik dan menyemarakkan impian mereka untuk menjadi bintang bola sepak kelak.

Sesi latihan akan bermula pada 11 November sehingga 19 November 2023 di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. 


Impian ini boleh dicapai dengan satu langkah mudah di mana ibu bapa hanya perlu membuka akaun simpanan buat anak-anak mereka melalui Akaun Simpanan M-Junior-i. 

Pelanggan akaun Simpanan M-Junior-i berpeluang menikmati kadar keuntungan sebanyak 2.25 peratus untuk simpanan dan akan mendapat beg sekolah eksklusif dengan deposit minimum sebanyak RM1,000, sementara stok masih ada. 

Selain itu, MBSB Bank turut menawarkan 8,000 unit rantai kunci Kejohanan MBSB Bank yang menarik bagi setiap transaksi perbankan terbabit, sementara stok masih ada.

Tawaran ini terbuka kepada semua anak pemegang akaun MBSB Bank di seluruh negara, dengan hanya perlu membuka Akaun Simpanan M-Junior-i. Kunjungi mana-mana cawangan MBSB Bank sekarang! Kempen akan tamat pada 31 Oktober 2023. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen "DARE TO DREAM, layari pautan ini

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 5:41 PM