Nurshafika Suhaimi

SEJAK penggunaan telefon bimbit yang semakin meningkat, masyarakat hari ini lebih memilih untuk melakukan transaksi perbankan dalam talian.

Bukan sahaja cepat, bahkan lebih mudah dilaksanakan berbanding beratur di cawangan bank atau pejabat pos untuk membayar bil.

Perkhidmatan ini juga kerap digunakan sebagai satu medium pembelian barangan keperluan, sekali gus mendorong banyak perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menggunakan perbankan digital.

Bagi peniaga, transaksi dalam talian sangat membantu dalam mempercepatkan urusan jual beli harian selain memudahkan PKS merekod hasil jualan.

Kebergantungan kepada sistem rekod tradisional sudah tidak relevan pada masa ini, justeru ramai PKS mengharapkan inovasi institusi perbankan untuk memperkenalkan medium digital bagi memudahkan urusan harian mereka.

Memahami keperluan pemilik perniagaan, OCBC memperkenalkan Akaun Semasa OCBC eBiz buat PKS yang mencari penyelesaian perbankan digital.

Image

Hanya memerlukan akses internet, Akaun Semasa OCBC eBiz boleh dibuka secara dalam talian sepenuhnya pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan.

Anda cuma memerlukan deposit permulaan serendah RM500, justeru ia tidak membebankan peniaga malah memberikan kelebihan buat mereka yang terkesan akibat pandemik.

Dengan Akaun Semasa OCBC eBiz, PKS boleh menikmati kemudahan di hujung jari dan melakukan transaksi perbankan perniagaan mudah alih di dalam poket yang mudah serta selamat.

Oleh kerana Akaun Semasa OCBC eBiz boleh dibuka secara dalam talian sepenuhnya, PKS boleh menikmati fleksibiliti dari mana sahaja tanpa perlu mengunjungi cawangan bank bagi proses permohonan, penyerahan dokumen atau pengesahan melalui aplikasi eKYC (electronic Know-Your-Customer) yang dijamin selamat dan disokong oleh CTOS (Credit Tip-Off Service).

eKYC adalah proses dalam talian untuk mengenal pasti dan mengesahkan identiti pelanggan individu menggunakan cara elektronik bagi menggantikan pengesahan identiti secara bersemuka.

Proses ini secara tak langsung menggantikan pengesahan identiti bersemuka tradisional yang menyukarkan orang ramai ketika pandemik ini.

Permohonan sepenuhnya dalam talian menerusi eKYC, tiada urusan di kaunter

Dilancarkan pada Julai 2021, eKYC dibangunkan secara khusus sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju digital bank dan OCBC menjadi institusi perbankan pertama yang menyediakan akaun semasa perbankan perniagaan hanya dengan tiga langkah mudah bagi permohonan dalam talian.

Image

Disertakan ciri perniagaan

Bagi memberikan pengalaman mudah alih sepenuhnya dalam urusan perbankan, Akaun Semasa OCBC eBiz ini turut disertakan dengan perkhidmatan perbankan internet perniagaan percuma seperti OCBC Velocity, Perbankan Mudah Alih OCBC Business dan Pengurusan Kewangan Perniagaan OCBC.

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai ciri perniagaan OCBC seperti Terminal Peniaga OCBC, OCBC OneCollect (QRPay), Kad Debit Perniagaan dan FX Online sekiranya mendaftar Akaun Semasa OCBC eBiz.

Tawaran ini sejajar dengan keperluan peniaga dalam mencari penyelesaian perbankan digital, seterusnya memudahkan operasi perniagaan mereka.

Secara tidak langsung, Akaun Semasa OCBC eBiz memudahkan orang ramai memulakan perniagaan dalam talian, lebih-lebih lagi pendaftaran akaun yang dipermudahkan.

OCBC memahami semua cabaran, keperluan dan kehendak pemilik perniagaan ketika berdepan pasca pandemik.

Tidak kira perniagaan besar atau kecil, perbankan perniagaan digital Akaun Semasa OCBC eBiz pasti memenuhi keperluan digital perniagaan orang ramai.

Mohon Akaun Semasa OCBC eBiz hari ini dan ketahui langkah-langkah permohonan dengan melayari www.ocbc.com.my/ebiz.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 1:41 PM