TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail (tengah) berarak dalam sambutan Maulidur Rasul bersama lebih 3,000 jemaah di Masjid Sultan Ibrahim, Muar. FOTO Ihsan RPO
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail (tengah) berarak dalam sambutan Maulidur Rasul bersama lebih 3,000 jemaah di Masjid Sultan Ibrahim, Muar. FOTO Ihsan RPO
Omar Ahmad

Johor Bahru: Keluarga DiRaja Johor berkenan berangkat menyambut Maulidur Rasul Tahun 1445 Hijrah/2023M bersama rakyat, di beberapa lokasi negeri ini, di sini, hari ini.

Hantaran terbaharu di media sosial Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memaklumkan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor bersama lebih 3,000 jemaah di Masjid Sultan Ibrahim, Muar.

Baginda turut berangkat sebagai wakil rasmi Sultan Ibrahim.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid dan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.

TUNKU Abdul Rahman (tengah) bersama 500 jemaah dalam sambutan Maulidur Rasul di Masjid Bandar Segamat. FOTO Ihsan RPO
TUNKU Abdul Rahman (tengah) bersama 500 jemaah dalam sambutan Maulidur Rasul di Masjid Bandar Segamat. FOTO Ihsan RPO

Sementara itu, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Segamat bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Bandar Segamat.

Manakala Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Tangkak bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Bandar Tangkak.

TUNKU Abu Bakar (tengah) bersama 1,000 jemaah berarak dalam sambutan Maulidur Rasul di Masjid Bandar Tangkak. FOTO Ihsan RPO
TUNKU Abu Bakar (tengah) bersama 1,000 jemaah berarak dalam sambutan Maulidur Rasul di Masjid Bandar Tangkak. FOTO Ihsan RPO

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2023 @ 1:10 PM