Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan mengesan waris bayi pramatang yang ditinggalkan Lobi Wad Diraja, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). FOTO Ihsan PKMD Kuantan.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan mengesan waris bayi pramatang yang ditinggalkan Lobi Wad Diraja, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). FOTO Ihsan PKMD Kuantan.
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan mengesan waris bayi lelaki berusia dua bulan yang ditinggalkan di Lobi Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, pada 17 Jun lalu.

Difahamkan, bayi berkenaan yang dibaluti kain batik tanpa sebarang dokumen ditemui pengawal keselamatan ketika membuat rondaan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan Marina Abdullah berkata, susulan penemuan bayi terbabit, pengawal keselamatan berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, bayi berkenaan kini diletakkan di bawah pemeliharaan serta perlindungan PKMD Kuantan dan usaha mengesan waris bayi lelaki itu kini dilakukan.

"Mereka yang mempunyai maklumat waris bayi berkenaan boleh menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-kanak PKMD Kuantan, Husmarina Husain di talian 09-56724225.

"Kerjasama masyarakat diharap dapat membantu melancarkan lagi usaha mengesan waris bayi terbabit yang dilahirkan pramatang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2023 @ 3:54 PM