WCE. FOTO Arkib NSTP.
WCE. FOTO Arkib NSTP.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Susur keluar Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) ke Jalan Meru/Klang (exit 3207b) ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan.

WCE Sdn Bhd dalam kenyataannya hari ini berkata, lokasi penutupan di NNC 0.05-NNC 0.2 lebuh raya WCE arah selatan pada 6 hingga 8 September bermula 9.30 malam hingga 5.30 pagi.

Menurutnya, sehubungan itu, kenderaan yang melalui laluan terbabit disarankan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu susur keluar arah Setia Alam (exit 3207a) atau (exit 3207c) melalui Lebuhraya Grand Sepadu.

"Pengguna dinasihati memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi yang berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 6:14 PM