PASUKAN bomba menemukan mayat pasangan suami isteri dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Megah, Kajang. FOTO Ihsan Bomba
PASUKAN bomba menemukan mayat pasangan suami isteri dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Megah, Kajang. FOTO Ihsan Bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Kajang: Suami isteri maut dalam kejadian kebakaran di rumah dihuni mereka di Taman Megah di sini, awal pagi ini.

Pasangan warga Indonesia berusia 40-an dan 50-an itu ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian 2.13 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat itu.

"Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya. Terdapat dua mangsa dipercayai suami isteri mengalami melecur dan sesak nafas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia.

Katanya, rumah berkenaan terbakar tiga peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 8:17 AM