Zuhainy Zulkiffli

KAWASAN hutan seluas 1.21 hektar di Batu Gantung, Ayer Itam, Georgetown, terbakar, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.13 petang.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian didapati kebakaran membabitkan pokok dalam kawasan hutan, tetapi tiada akses untuk ke lokasi.

ANGGOTA bomba memadam kebakaran hutan di Batu Gantung, Ayer Itam, Georgetown. Foto Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba memadam kebakaran hutan di Batu Gantung, Ayer Itam, Georgetown. Foto Ihsan JBPM

“Kebakaran berlaku di kawasan dianggarkan seluas 1.21 hektar dan anggota bomba perlu berjalan kaki untuk mendaki dengan dibantu penduduk yang menunggang motosikal serta pacuan empat roda Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera.

“Ketika ini kerja pemadaman masih dilakukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 6:46 PM