AHMAD Zahid bersalaman bersama penduduk setempat sempena Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Perumahan Nelayan Tok Bali di sini hari ini. FOTO Bernama.
AHMAD Zahid bersalaman bersama penduduk setempat sempena Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Perumahan Nelayan Tok Bali di sini hari ini. FOTO Bernama.
Hidayatidayu Razali


Pasir Puteh: Dakwaan Tan Sri Annuar Musa Kelantan tidak maju adalah 80 peratus kesalahan kerajaan pusat itu seolah-olah bercakap mengenai dirinya sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini berikutan Annuar dulu pernah menjadi Pengerusi Perhubungan dan Pengerusi Barisan Nasional.

"Dia harus mengaku kesalahannya (tidak majukan Kelantan)," katanya pada sidang media di Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Kampung Nelayan Tok Bali di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Datuk Zawawi Othman.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno, berkata Annuar kata 4 Ogos (lalu) akan ada satu peristiwa besar yang mengejutkan akan ramai keluar daripada UMNO.

"Yang berlaku cuma anak beranak dia saja," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) mendakwa sekiranya Kelantan tidak maju, ia adalah 80 peratus kesalahan kerajaan pusat.

Annuar berkata, ini kerana negara mengamalkan sistem federalisme iaitu sudah dihuraikan apa tanggungjawab kerajaan pusat, kerajaan negeri dan bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2023 @ 6:01 PM