SEBAHAGIAN pengikut ‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’ yang berkumpul di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu kota. FOTO  NSTP
SEBAHAGIAN pengikut ‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’ yang berkumpul di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu kota. FOTO NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia menegaskan mereka tiada kaitan dengan perhimpunan yang berlaku dan tidak bersangkut paut dengan kumpulan Ahmadi Religion of Peace Land Light.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu merujuk kepada klip video di Youtube yang bertajuk 'Rupanya Group Pelangi Sogo tu Ahmadiyyah'.

"Kami sudah menghubungi pemilik saluran Youtube Donivia Channel untuk memadamkan video terbabit untuk mengelakkan salah faham yang akan mengeruhkan keadaan.

"Alhamdulillah, kami dapati bahawa video terbabit sudah tidak terbuka untuk umum lagi buat masa ini," katanya

Katanya, Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia juga ingin menyeru kepada orang awam untuk mendapatkan informasi dari sumber yang sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2023 @ 12:18 PM