CITY muncul juara musim lalu selepas mengalahkan United 2-1. FOTO Agensi
CITY muncul juara musim lalu selepas mengalahkan United 2-1. FOTO Agensi
Reuters

London: Juara 14 kali, Arsenal akan menanti kunjungan Liverpool pada aksi pusingan ketiga Piala FA, manakala Newcastle United bakal berdepan musuh tradisi Sunderland di The Stadium of Light.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal akan berdepan pesaing juara liga, Liverpool dua kali berturut-turut, dengan kedua-dua pasukan juga bertemu dalam pertembungan liga pada 24 Disember, beberapa hari sebelum perlawanan Piala FA mereka.

Penyandang juara, Manchester City pula akan menentang Huddersfield Town, manakala naib juara musim lalu, Manchester United bertemu juara 2013, Wigan Athletic.

Dalam satu lagi undian membabitkan pasukan EPL ialah Tottenham Hotspur menanti kunjungan Burnley, manakala Crystal Palace beraksi di laman sendiri menentang Everton dan Brentford bertemu Wolverhampton Wanderers.

Pusingan ketiga adalah permulaan buat kelab EPL dan Liga Kejuaraan memasuki pertandingan dan perlawanan akan dimainkan dari 5 hingga 8 Januari.

Chelsea, yang juga juara lapan kali, akan menanti kunjungan pasukan divisyen dua, Preston North End.

Pasukan Liga Dua, Wrexham, yang dimiliki secara bersama oleh bintang Hollywood, Rob McElhenney dan Ryan Reynolds akan menentang Shrewsbury Town jika mereka mampu menjinakkan Yeovil Town di pusingan kedua malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2023 @ 10:22 PM