GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Ipoh: Seorang wanita dan teman lelakinya yang disyaki terbabit dalam kes kematian kanak-kanak berusia sembilan tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas direman selama tujuh hari bermula semalam.

"Reman tujuh hari hingga Ahad ini, kemudian bedah siasat akan dibuat hari ini," kata Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah hasil maklumat orang awam yang melaporkannya kepada polis kira-kira 11 pagi.

Hasil siasatan awal pihak forensik di tempat kejadian mendapati terdapat unsur penderaan terhadap mangsa terbabit.

Polis kemudian menahan ibu mangsa dan teman lelaki yang masing-masing berumur 36 tahun dan 30-an yang turut tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa dilaporkan didera sejak Mac dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 3:59 PM