Siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian sebuah jet penumpang terhempas di kawasan perumahan Elmina. FOTO ASYRAF HAMZAH
Siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian sebuah jet penumpang terhempas di kawasan perumahan Elmina. FOTO ASYRAF HAMZAH
Raja Noraina Raja RahimMuhaamad Hafis NawawiMohd Haris Fadli Mohd Fadzil dan Ruwaida Md Zain dan Norzamira Che Noh


Shah Alam: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) akan turun ke tapak lokasi pada Isnin ini untuk menjalankan siasatan punca nahas pesawat terhempas di Elmina, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, BKSU dan pakar dari AS itu akan menjalankan siasatan lanjut di lokasi tapak nahas Isnin ini.

Menurutnya, polis akan membuat kawalan 24 jam di tempat pengumpulan bangkai dan serpihan pesawat yang terhempas.

"Tugas polis mengeluarkan mayat dan mengumpul barangan peribadi mangsa nahas sudah selesai termasuk membantu mencari kotak hitam.

"Siasatan lanjut diserahkan kepada BKSU untuk mencari punca nahas," katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Shah Alam Shamsol Maarif Saibani berkata, jalan utama kedua-dua hala di Elmina, di sini, yang ditutup sepenuhnya sejak semalam berikutan nahas pesawat dibuka semula hari ini.

Menurutnya, laluan kedua-dua hala masuk dan keluar perumahan Elmina itu dibuka semula untuk kegunaan kenderaan dan penduduk berkenaan bermula jam 3 petang tadi.

"Semua serpihan pesawat dan cebisan sakit baki mayat yang mungkin ditinggalkan diperiksa dan dikumpul sepenuhnya.

"Kemudian bermula 12.30 tengahari tadi jentera bomba mencuci dan membersihkan jalan yang dicemari bahan pesawat terbakar semalam.

"Polis pun sudah memberi kebenaran untuk kita membuka semula jalan ini bagi kegunaan awam mulai 3 petang ini, katanyadalam sidang media di lokasi nahas hari ini.

Katanya, serpihan yang masih tersadai di tepi lokasi adalah bangkai pesawat dan kereta yang terbabit nahas semalam dan ia akan digunakan sebagai bahan bukti untuk dijalankan siasatan oleh pihak berkuasa pada Isnin ini.

"Jadi selepas kita tutup operasi sepenuhnya dengan membuka semula laluan di sini, mulai hari ini polis akan mula membuat kawalan keselamatan di lokasi ini selama 24 jam sehingga Isnin depan," katanya.

Berita berkaitan:

'Arwah abang teruja naik pesawat mewah, banyak gambar dikongsikan'

'Ayah beri dua gambar minta saya simpan' - Anak pemandu e-hailing

Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 3:48 PM