ANTHONY (kanan)  menziarahi keluarga  Sharipuddin. FOTO Facebook Anthony Loke Siew Fook
ANTHONY (kanan) menziarahi keluarga Sharipuddin. FOTO Facebook Anthony Loke Siew Fook
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan akan memastikan kebajikan keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor, kelmarin, terbela termasuk urusan tuntutan insurans pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari.

Menterinya, Anthony Loke berkata, kerajaan akan cuba sebaik mungkin membantu dalam aspek kebajikan keluarga mangsa yang terbabit dalam nahas tragis itu.

"Pagi ini, saya menziarahi dan menyampaikan sedikit bantuan peribadi kepada keluarga salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam dua hari lalu.

"Mangsa itu adalah pemandu e-hailing yang kebetulan melalui tapak (lokasi) nahas semasa kemalangan berlaku.

"Wakil syarikat Grab turut hadir bersama dan akan membantu proses tuntutan insurans kepada keluarga mangsa," katanya di Facebook, hari ini.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terbabit.

Sharipuddin, 53, adalah seorang daripada 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, kelmarin.

Semalam, Grab Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sudah menghubungi keluarga Sharipuddin yang maut dalam nahas itu untuk memberi sokongan dan bantuan sewajarnya.

Berita berkaitan:

'Arwah abang teruja naik pesawat mewah, banyak gambar dikongsikan'

'Ayah beri dua gambar minta saya simpan' - Anak pemandu e-hailing

Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2023 @ 12:26 PM