SUASANA di lokasi kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan Elmina, malam tadi. FOTO Asyraf Hamzah
SUASANA di lokasi kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan Elmina, malam tadi. FOTO Asyraf Hamzah
Raja Noraina Raja RahimMuhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Shah Alam: Usaha mencari cebisan badan mangsa dan barangan peribadi di lokasi kejadian pesawat terhempas yang membunuh 10 mangsa di Elmina, Seksyen U16 di sini, diteruskan hari ini.

Semalam, media melaporkan pasukan penyiasat berjaya menemukan peti rakaman suara kokpit (CVR) yang menjadi salah satu daripada komponen kotak hitam pesawat berkenaan, jam 10.20 malam.

Difahamkan, kotak hitam pesawat terbahagi kepada dua komponen iaitu CVR dan Flight Data Recorders (FDR).

Suasana di sekitar kawasan perumahan berhampiran kekal tenang tanpa ada sebarang kesesakan walaupun susur keluar ke Elmina dari Lebuhraya Guthrie, ditutup kepada kenderaan awam.

Terdahulu, polis mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di lokasi terbabit jam 2.40 petang, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an, dengan lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat.

Katanya, dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

Menurutnya, pesawat peribadi itu berlepas dari Langkawi, Kedah, dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.

Berita berkaitan:

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 9:22 AM