Ruwaida Md Zain

Klang: Kenderaan yang membawa mayat mangsa pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 1.20 pagi ini.

Dua kenderaan pacuan empat roda dan trak polis yang membawa mayat mangsa diiringi pasukan kereta peronda polis (MPV) dan URB.

Turut kelihatan beberapa kenderaan yang membawa pegawai perubatan masuk ke perkarangan Jabatan Forensik HTAR.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 individu maut membabitkan lapan penumpang dan kru pesawat.

Dua lagi mangsa adalah orang awam yang menaiki sebuah kereta dan motosikal yang melalui jalan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.

MAYAT mangsa pesawat terhempas di Elmina Seksyen U16, Shah Alam tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. FOTO Faiz Anuar
MAYAT mangsa pesawat terhempas di Elmina Seksyen U16, Shah Alam tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. FOTO Faiz Anuar

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 1:44 AM