Penduduk Kampung Sukandebi, Karo, Sumatera Utara, meninggalkan rumah mereka yang diselubungi debu panas Gunung Berapi Sinabung. - Foto ANTARA/REUTERS
Penduduk Kampung Sukandebi, Karo, Sumatera Utara, meninggalkan rumah mereka yang diselubungi debu panas Gunung Berapi Sinabung. - Foto ANTARA/REUTERS
BERNAMA

Putrajaya: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam letupan Gunung Berapi Sinabung di Sumatra, Indonesia, Sabtu lalu.

Dalam kenyataan, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas mengambil langkah berjaga-jaga dan mendaftarkan diri dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

Konsulat Jeneral boleh dihubungi di +62614531342 / 4535271 / 4523992 atau emel [email protected]

Lebih enam orang disahkan terbunuh setakat ini manakala tiga lagi kritikal akibat terkena debu panas letusan gunung berapi di daerah Karo, Sumatera

Utara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 11:42 PM