Sekumpulan mat rempit yang ditahan di Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH) apabila mereka termasuk 'perangkap' Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam Op Samseng Jalanan, lewat malam tadi. FOTO AZRUL EDHAM
Sekumpulan mat rempit yang ditahan di Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH) apabila mereka termasuk 'perangkap' Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam Op Samseng Jalanan, lewat malam tadi. FOTO AZRUL EDHAM
Ahmad Hasbi


Seremban: Sekumpulan lebih 30 mat rempit hilang arah di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) apabila mereka termasuk 'perangkap' Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam Op Samseng Jalanan, malam tadi.

Menyedari bakal dikenakan tindakan, kumpulan mat rempit ini berlegar-legar dan terpaksa berhenti di tepi lebuh raya kerana laluan dari kedua-dua arah ditutup sepenuhnya.

Dalam operasi yang bermula jam 11 malam itu, kelihatan kumpulan penunggang motosikal yang gah dengan ekzos bising masing-masing mula mencari jalan untuk meloloskan diri namun usaha mereka gagal.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sebanyak 121 motosikal diperiksa dan 236 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang tamat pada jam 4 pagi.

"Op Samseng Jalanan dilaksanakan di sekitar kawasan Plaza Tol Mambau disertai dua pegawai serta 32 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban.

"Ia diadakan dalam skala besar dengan bantuan JSPT Negeri Sembilan dan Bukit Aman, peronda lebuh raya serta Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya.

Menurutnya, tiga lelaki ditahan berikutan dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

"Penunggang motosikal yang ditahan dibawa ke Pejabat Plus dekat Plaza Tol Mambau sebelum diperiksa.

"Sebanyak 236 saman dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan pelbagai teknikal lain.

"Pihak JAS juga mengenakan notis saman kepada penunggang motosikal kerana kesalahan bunyi bising," katanya.

Arifai berkata, polis akan terus melaksanakan operasi untuk mengekang aktiviti mat rempit yang dilihat menyumbang kepada kemalangan maut di

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 3:39 PM