Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) berkenan bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong merangkap Menteri Kewangan ketika mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Singapura hari ini. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meneruskan lawatan rasmi ke Singapura dengan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Kewangan Lawrence Wong di The Treasury, Singapura, hari ini.

Menurut hantaran menerusi Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, Singapura adalah rakan kongsi ekonomi strategik kepada Johor dan mempunyai potensi untuk lebih banyak pertumbuhan masa depan.

"Perbincangan ditumpukan kepada cadangan zon ekonomi khas (SEZ) Johor-Singapura untuk ditubuhkan di Johor dan menambah baik lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara Singapura dan Johor," menurut hantaran itu hari ini.

Lawatan rasmi Tunku Ismail mulai semalam hingga esok adalah atas undangan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2023 @ 3:48 PM