DUA tahanan warga Indonesia, Kelvin dan Bony  yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah. FOTO Ihsan Polis
DUA tahanan warga Indonesia, Kelvin dan Bony yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah. FOTO Ihsan Polis
Melvin Joni


Kuching: Dua tahanan warga Indonesia melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah, di sini, hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kedua-dua suspek melarikan diri kira-kira 1 tengah hari tadi.

Katanya suspek dikenali sebagai Kelvin, 21, dari Jawa Timur, Indonesia dan Bony, 31, dari Jawa Timur, Indonesia.

"Polis kini sedang giat mengesan kedua-dua suspek dan semua elemen digerakkan untuk Op Tutup di seluruh daerah Padawan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menjumpai individu yang mencurigakan boleh berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Mengulas mengenai suspek, menurutnya, kedua-dua lelaki itu ditangkap pasukan dari Balai Polis Kota Sentosa pada 7 Jun lalu dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen sebelum ditempatkan di lokap Balai Polis Tapah untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2023 @ 4:51 PM