GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Berang teman wanitanya enggan berkahwin menyebabkan seorang lelaki mengugut ingin membunuh mangsa.

Bagaimanapun tindakan suspek berusia 39 tahun itu mengundang padah apabila ditahan polis Selasa lalu.

Kejadian berlaku pada Mac lalu apabila wanita berusia 43 tahun menerima mesej WhatsApp daripada teman lelakinya memaki hamun dan mengugut ingin membunuhnya ketika berada di rumahnya di Pandan Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan itu polis menahan suspek di sebuah apartment di Batu Caves.

Menurutnya, punca kejadian suspek tidak puas hati kerana mangsa tidak mahu berkahwin dengan suspek.

"Semakan rekod jenayah lampau dapati suspek mempunyai satu rekod jenayah tidak dikehendaki.

"Ujian saringan awal air kencing juga dapati negatif," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 12:31 PM