ANGGOTA bomba mengalihkan pokok tumbang di Dutamas Publika dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengalihkan pokok tumbang di Dutamas Publika dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Hujan lebat pagi tadi menyebabkan pokok tumbang di Dutamas Publika dan Taman Tun Dr Ismail, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8 pagi tadi.

"Panggilan pertama diterima jam 8.05 pagi tadi membabitkan pokok tumbang di Blok D, Dipo Solaries, Dutamas Publika.

"Dalam kejadian ini, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Sri Hartamas) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Difahamkan sebatang pokok tumbang di atas laluan pintu masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan. Tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, panggilan kedua diterima jam 8.07 pagi tadi membabitkan pokok tumbang di Jalan Athinahapan 1, Taman Tun Dr Ismail.

"Sepasukan anggota dari BBP Taman Tun Dr Ismail dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebatang pokok tumbang di lokasi berkenaan yang menghalang lalu lintas dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2023 @ 10:29 AM