POKOK tumbang akibat ribut.
POKOK tumbang akibat ribut.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Dua kereta rosak teruk apabila dihempap pokok tumbang akibat ribut di Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 5.50 petang tadi.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu dan kedua-dua kereta dikatakan diletakkan di kawasan parkir di tepi jalan itu.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Pegawai Bomba Kanan II, Zainol Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 5.58 petang dan sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Sebatang pokok didapati tumbang dan menghempap dua kereta yang diparkir di kawasan berkenaan.

"Kami memotong pokok terbabit serta membersihkan tempat kejadian supaya tidak menghalang jalan berkenaan dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 9:29 PM