MOHD Amar (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Kumpulan PKINK 2023. FOTO Syaherah Mustafa
MOHD Amar (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Kumpulan PKINK 2023. FOTO Syaherah Mustafa
GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Syaherah Mustafa


Kota Bharu: PAS tidak pernah berhasrat untuk bergabung dengan DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya PAS akan terus setia bersama Perikatan Nasional (PN) untuk berjuang pada PRN nanti.

"Malah, jelas sekarang ini kami tidak menyokong kerajaan persekutuan adalah kerana adanya DAP. Jadi bagaiman kami boleh bergabung dengan parti terbabit.

"Sekarang ini kita akan memberi fokus untuk PRN kerana yakin bukan sahaja boleh mempertahankan kemenangan tiga negeri tetapi juga bakal merampas satu atau dua lagi negeri yang kini dibawah Pakatan Harapan (PH)," katanya selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) 2023 di di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

MOHD Amar (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Kumpulan PKINK 2023. FOTO Syaherah Mustafa
MOHD Amar (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Kumpulan PKINK 2023. FOTO Syaherah Mustafa

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, bahawa tidak mustahil sekiranya Pas akan kembali membentuk tahaluf siyasi bersama DAP dalam masa terdekat.

Menurutnya, perkara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana PAS kini 'berkawan' dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambahnya lagi, sehubungan itu PAS tidak berhak mengkritik mana-mana pakatan politik lain kerana parti itu juga mempunyai rekod bersekutu dengan parti politik lain demi kelangsungan politiknya sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 4:04 PM