Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Muhamad Lokman Khairi


Teluk Intan: Pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Perak berdekatan Jeti Kampung Terengganu, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian dimaklum orang awam pada 8.17 malam.

Katanya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dimaklumkan orang awam menjumpai beg, baju dan seluar mangsa yang berusia 14 tahun itu berdekatan jeti.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 10:04 PM