Nazdy Harun


Kuala Berang: Kesukaran mendapatkan bekalan mendorong seorang wanita menanam sendiri pelbagai jenis daunan yang digunakan dalam pembuatan kuih dan hidangan tradisi hari raya di perkarangan rumahnya, di Kampung Pelam, di sini.

Rosidah Muda, 49, Kampung Pelam, dekat sini, berkata, setiap tahun menjelang Aidilfitri, dia akan menerima tempahan untuk menyediakan kuih-muih tradisional termasuk tapai daun getah, lemang, pulut dakap, ketupat palas dan pulut panggang.

Namun, katanya, bahan berkenaan sukar diperoleh terutama menjelang musim perayaan kerana permintaan mendadak selain bekalannya yang agak terhad.

"Jadi, saya memilih untuk menanam pokok yang daunnya diguna sebagai pembalut hidangan ini kerana ia memudahkan saya apabila menerima tempahan untuk pelbagai majlis.

ROSIDAH sedang memetik daun getah yang ditanam diperkarangan rumahnya. FOTO Nazdy Harun
ROSIDAH sedang memetik daun getah yang ditanam diperkarangan rumahnya. FOTO Nazdy Harun

"Saya tidak perlu mencari pembekal atau ke bukit, kebun, belukar dan pasar untuk membeli daun berkenaan kerana semuanya sudah tersedia di perkarangan rumah saya," katanya ketika ditemui di sini.

Rosidah berkata, hanya daun palas saja ditanam di kebun miliknya dan kesemua daun untuk membungkus hidangan berkenaan tidak perlu dicari kerana dia sudah tersedia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2023 @ 3:40 PM