GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket dadah terbesar di Sabah yang aktif dalam aktiviti pengedaran ekstasi dan minuman jus yang mengandungi kandungan dadah di pusat hiburan.

JSJN berkata, ia hasil Op Tapis Khas dijalankan bermula 3 Januari lalu hingga kelmarin dengan 346 sindiket yang membabitkan 1,055 orang berjaya diberkas.

"Selain itu, 19 makmal dadah haram berjaya dibongkar dengan 10 tangkapan ke atas ahli kimia.

"JSJN juga berjaya merampas sebanyak 26 tan pelbagai jenis dadah dan 5,175 liter pelbagai jenis cecair dadah," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.

Katanya, JSJN turut merampas sebanyak 135 tan daun ketum, 72,584 liter air ketum serta 189 pokok ganja yang membawa kepada nilai rampasan sebanyak RM666.1 juta.

"Sepanjang operasi ini dijalankan, seramai 36,655 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 4,969 tokan

dan 1,917 orang yang dikehendaki (wanted person).

"Sebanyak 4,633 kilogram dan 19,077.12 liter pelbagai jenis dadah berjaya dirampas dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM40.9 juta," katanya.

Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Malaysia, pelbagai aset sindiket dadah yang bernilai RM154.04 juta disita, manakala sebanyak RM28 juta nilai harta dilucuthak berbanding hanya RM19.15 juta bagi tahun sebelumnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2023 @ 2:18 PM