Pengguna boleh meningkatkan produktiviti kerja menggunakan kedua-dua peranti pada satu masa.  - FOTO HUAWEI
Pengguna boleh meningkatkan produktiviti kerja menggunakan kedua-dua peranti pada satu masa. - FOTO HUAWEI
Nur Amirah Abd Rani

KEMAJUAN teknologi membolehkan setiap individu memanfaatkan penggunaan peranti lebih maju dan cekap bagi memenuhi keperluan seharian. 

Setiap peranti turut diukur menerusi reka bentuk mudah alih dan kebolehupayaan teknologi untuk membantu pengguna membuat pelbagai tugas pada satu masa.

Menepati keperluan pengguna, jenama unggul HUAWEI sekali lagi mengumumkan pelancaran tablet terbaharu HUAWEI Matepad 11 serta komputer riba HUAWEI MateBook D15. 

Kedua-dua model ini menawarkan teknologi canggih yang menyokong kreativiti dan produktiviti pengguna tidak kira ketika bekerja dari rumah atau di mana sahaja.

Keistimewaan Tablet HUAWEI Matepad 11

HUAWEI MatePad 11 adalah tablet pertama dilengkapi skrin yang menyokong kadar penyegaran maksimum 120Hz untuk memberikan pengalaman visual lebih lancar. 

Tablet ini menampilkan paparan penuh HUAWEI 10.95 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 86 peratus yang luar biasa dengan bezel nipis mengelilingi paparan penuh simetri. 

Lebih mengagumkan, dengan gamut warna tahap filem DCI-P3, pengalaman visual dengan tablet ini menawarkan warna serta perincian visual menjadi lebih nyata. 

HUAWEI MatePad 11 turut dilengkapi pelindung mata cahaya biru rendah, dan bebas kelipan dengan tahap perkakasan yang diiktiraf pensijilan dari TÜV Rheinland. 

Oleh itu, tidak perlu khuatir jika terpaksa menggunakan tablet ini dalam jangka masa yang lama kerana ia selamat untuk penglihatan anda. 

Image

Lebih menarik, setiap tablet HUAWEI MatePad 11 dilengkapi dengan HUAWEI M-Pencil (Generasi kedua) yang membolehkan pengguna menulis atau melukis dengan lebih selesa. 

HUAWEI M-Pencil direka khas untuk mengesan setiap pergerakan kecil supaya dapat memberi pengguna pengalaman menulis dan melukis secara semula jadi seperti menulis di atas kertas. 

M-Pencil ini mempunyai fungsi 'Double Tap to Switch', iaitu ketukan berganda untuk menukar mod yang membolehkan pengguna mengetuk dua kali untuk beralih ke mod pemadam untuk membuat sebarang perubahan. 

M-Pencil pada tablet ini turut menyokong HUAWEI FreeScript, yang membolehkan  anda menulis di bar carian dengan kursor tanpa perlu menaip. 

Ia turut dilengkapi fungsi hebat lain seperti 'Instant Shape' dan 'Instant Table' yang dapat membantu pengguna melukis bentuk.

Prestasi tablet ini nyata cukup luar biasa, kerana ia disokong dengan teknologi penjimatan kuasa HarmonyOS yang menawarkan tempoh penggunaan sehingga 12 jam berterusan dan mampu mengendalikan tugas dengan hanya sekali pengecasan. 

Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya terlupa membawa pengecas kerana  HUAWEI MatePad 11 mempunyai jangka hayat bateri yang lama.

Selain itu, tablet ini mampu memberikan pengalaman audio yang mantap dengan sistem pembesar suara quad.

Sistem audio pada tablet ini diselaraskan oleh Harman Kardon®️ Audio, yang dilengkapi teknologi Histen 7.0 bagi menambah baik bunyi bass. 

Lebih menarik lagi kerana , anda boleh menikmati pengalaman audio dari tablet dengan empat speaker iaitu tiga di sepanjang sisi dan satu di bahagian kamera belakang.

Tablet ini juga dilengkapi dengan teknologi pembatalan suara aktif dan pembatalan kebisingan yang dapat menghasilkan gelombang anti bunyi untuk memberi pengalaman audio lebih baik.

Komputer riba HUAWEI MateBook D15 pilihan tepat buat anda

Image

Perkara utama yang anda perlu ketahui sebelum membeli komputer riba adalah jenis prosesor yang digunakan kerana ia bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan program. 

Laptop HUAWEI MateBook D15 memiliki dua pilihan pemproses iaitu Pemproses Intel® Core ™ Gen ke-10 dan Pemproses Intel® Core ™ Gen ke-11. 

Setiap pemproses dilengkapi dengan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) empat teras dengan  lapan utas yang dikenali sebagai teras logik bagi membantu memudahkan pengguna, dan komputer riba ini turut hadir dengan Intel® Iris® Xe Graphics bersepadu. 

Laptop ini memiliki sistem penyejukan yang cekap dari kipas sirip hiu dan dua paip haba HUAWEI membolehkan ia kekal sejuk meski digunakan dalam jangka masa lama. 

Dengan berat hanya 1.56kg dan senipis 16.9mm, HUAWEI MateBook D15 direka ringan dan padat bagi memudahkan pengguna untuk membawa di dalam beg galas dan bergerak bebas. 

Manakala dari segi rekaan, komputer riba ini menampilkan bentuk langsing dengan bahan utama aloi aluminum yang tahan lama. 

HUAWEI MateBook D15 juga lengkap dengan pelbagai port sambungan antaranya, fon telinga dan mikrofon 3.5mm 2-dalam-1, USB-C, HDMI, USB 2.0 dan USB 3.2 Gen 1.

Komputer riba ini menampilkan paparan penuh HUAWEI dengan nisbah skrin-ke-badan 87 peratus yang luar biasa dengan bezel 5.3 mm nipis  pada paparan penuh simetri. 

Lebih mengagumkan, HUAWEI MateBook D15 menampilkan skrin IPS 15.6 inci, dengan sifat anti silau. 

Bagi melindungi mata pengguna, HUAWEI MateBook D15 turut dilengkapi pelindung mata cahaya biru rendah, dan bebas kelipan yang mendapat pengiktirafan pensijilan dari TÜV Rheinland.

Tingkat produktiviti dengan Tablet-PC

Image

Pengguna boleh meningkatkan produktiviti kerja dengan menggunapakai kedua-dua peranti pada satu masa. 

Ini kerana HUAWEI MatePad 11 menyokong mod Kerjasama Multi-skrin Tablet-PC membolehkan pengguna menghubungkan peranti pada skrin kedua. 

Tablet ini dilengkapi dengan tiga mod sambungan Kolaborasi Multi-skrin Tablet-PC iaitu Mirror Mode, Extend Mode dan Collaborate Mode. 

Dalam Mirror Mode, paparan  skrin MateBook D15 akan dicerminkan pada tablet seolah bayangan cermin ia membantu pengguna menggunakan HUAWEI MatePad 11 sebagai pad lukisan digital untuk melukis. 

Image

Pengguna juga boleh menggunakan HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua yang mana setiap pergerakan akan diselaraskan serta dipantulkan ke dalam skrin MateBook D15 anda. 

Pengguna juga boleh menandatangani sebarang dokumen menggunakan tablet dan stylus.

Seterusnya, apabila pengguna mengaktifkan Extend Mode, HUAWEI MatePad 11 dapat berfungsi sebagai paparan tambahan untuk MateBook D15. 

Sekiranya anda sedang menggunakan persidangan video di satu skrin, anda boleh menyunting nota atau memeriksa fail di layar lain, menjadikan tablet ini  "rakan kerja" ideal untuk menyiapkan pelbagai tugas dalam satu masa. 

Mod ketiga, Collaborate Mode tablet dan komputer riba pula anda boleh berkongsi papan kekunci komputer riba, dan menggunakan tetikus secara serentak pada kedua-dua layar.

Pengguna boleh menyeret fail dan sebarang teks secara berulang-ulang ke seluruh peranti tanpa menjejaskan simpanan fail asal bakal memberikan kemudahan dalam menyelesaikan tugas. 

Pratempah bermula sekarang!

Image

HUAWEI MatePad 11 tersedia untuk pratempahan dari sekarang hingga 5 Ogos pada harga RM1,999 (128GB) dan RM2,399 (256GB) di kedai dalam talian HUAWEI, Lazada dan Shopee.

Pengguna juga bakal menikmati hadiah percuma luar biasa bernilai sehingga RM1,207, termasuk HUAWEI M-Pencil (Generasi Kedua), Papan Kekunci Pintar Magnetik HUAWEI,  50GB HUAWEI Cloud Storage selama sebulan, akses HUAWEI Video VIP selama sebulan, HUAWEI Muzik Premium percubaan selama tiga bulan, dan R-Voucher Buku HUAWEI bernilai 1 dolar Amerika Syarikat (USD).

Manakala, HUAWEI MateBook D15 tersedia untuk pratempahan dari sekarang sehingga 5 Ogos dengan harga RM2,999 (Intel Core i5 Generasi ke-10) dan RM3,699 (Intel Core i5 Generasi ke-11) di kedai dalam talian HUAWEI, Lazada dan Shopee

Hadiah percuma bernilai sehingga RM667 untuk dimiliki antaranya, beg galas, tetikus Bluetooth dan langganan setahun Microsoft 365. 

Bagi pelanggan yang berminat dengan dua model eksklusif dalam talian MateBook D14 i3 dan Matebook 14 dengan pemproses AMD, pratempahan dibuka bermula sekarang sehingga 8 Ogos. 

Image

Harga pratempahan HUAWEI MateBook D14 i3 bermula pada RM2,299 dan RM3,899 bagi MateBook 14, untuk pembelian dan maklumat lanjut layari laman web berikut:

HUAWEI MateBook D14 i3: kedai dalam talian HUAWEI, Lazada dan Shopee.

HUAWEI MateBook 14: kedai dalam talian HUAWEI, Lazada dan Shopee.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 7:26 PM