Asrol Awang


Kuantan: Senarai 512 premis makanan di seluruh negara yang menawarkan Menu Rahmah kini boleh disemak di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my bermula hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata melalui pautan itu, ia akan memudahkan orang ramai terutama golongan memerlukan memilih premis yang mereka inginkan.

Katanya, selain itu, peniaga makanan yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka juga boleh mendaftarkannya.

"Setakat ini, 512 premis sudah berdaftar dengan KPDN di seluruh negara.

"Kementerian berterima kasih kepada peniaga yang berkongsi rezeki dan mengurangkan keuntungan mereka bersama kerajaan dalam meringankan beban rakyat.

"Daripada maklum balas yang diterima setakat ini, ia amat positif dan memberangsangkan tawaran menu berkenaan," katanya selepas melancarkan Menu Rahmah peringkat negeri Pahang di sini, hari ini.

Ditanya peniaga makanan yang mendaftar Menu Rahmah di Pahang, Fuziah berkata, sebanyak 18 premis menyediakan menu itu di premis masing-masing setakat semalam.

Katanya, kementerian menyambut baik kerana peniaga menyahut seruan kerajaan untuk

melaksanakan Menu Rahmah secara sukarela di Pahang.

"Sebagai contoh Menu Rahman berharga RM5 yang dijual di Restoran Taj di sini berharga RM8.20.

"Namun, kementerian berterima kasih di atas keprihatinan pemilik restoran dengan kuantiti

dan kualiti sama," katanya.

FUZIAH menyampaikan kit makanan dan juadah berbuka puasa menerusi Program MYSaveFood kepada pelajar Politeknik Merlimau, hari ini.FOTO Amir Mamat.
FUZIAH menyampaikan kit makanan dan juadah berbuka puasa menerusi Program MYSaveFood kepada pelajar Politeknik Merlimau, hari ini.FOTO Amir Mamat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2023 @ 6:00 PM