Siti Rohana Idris


Kota Bharu: Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Huda, Kubang Kerian di sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari tadi, mangsa, Mohd Aimeran Jusoh@Ab Talib, 46, ditemukan dalam bilik tidur kerana terperangkap akibat asap tebal.

Ketua Balai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.04 tengah hari.

"Seramai 17 pegawai dan anggota dari BBP Kota Bharu serta Kota Darulnaim bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, api sedang marak dan penghuni rumah yang lain memberitahu ada seorang ahli ke keluarganya masih berada dalam rumah dan tidak dapat keluar.

"Anggota kami bertungkus lumus memadamkan api sebelum memasuki bilik tidur dan ternampak mangsa di penjuru ruang itu dalam keadaan rentung," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan rumah kekal sebanyak 80 peratus dan api berjaya dikawal 40 minit kemudian.

"Punca dan jumlah kerugian dalam siasatan," katanya.

ANGGOTA bomba dan penyelamat memeriksa  rumah di Kampung Huda, Kubang Kerian di sini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
ANGGOTA bomba dan penyelamat memeriksa rumah di Kampung Huda, Kubang Kerian di sini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2023 @ 4:38 PM