GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norzamira Che Noh

Shah Alam: Kerajaan Selangor akan meneruskan Program Pemberian Vaksin Covid-19 (SelVax) dan dos penggalak secara percuma mulai esok dalam usaha mencegah penularan wabak berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud berkata rakyat negeri ini yang ingin mendapatkan vaksin berkenaan boleh mengunjungi 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic yang berhampiran.

"Pendaftaran boleh dibuat secara 'walk-in' namun orang ramai digalakkan untuk membuat temujanji melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600.

"Vaksin Covid-19 akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa manakala dos penggalak akan diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, waktu operasi klinik adalah dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

"Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang selcare.com," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2023 @ 7:12 PM