GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal masing-masing kepada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Harga runcit produk petrol dan diesel terbabit adalah bagi tempoh 29 Disember 2022 hingga 4 Januari 2023.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Namun, harga runcit petrol RON97 diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2022 @ 5:30 PM