Notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat berlaku dalam tempoh 24 jam dikeluarkan untuk Pahang, Perak dan Johor.
Notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat berlaku dalam tempoh 24 jam dikeluarkan untuk Pahang, Perak dan Johor.
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat berlaku dalam tempoh 24 jam dikeluarkan untuk Pahang, Perak dan Johor.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, penduduk kawasan berisiko perlu berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh berkenaan serta sentiasa peka dan patuhi arahan pihak berkuasa.

Katanya, berdasarkan maklumat ramalan hujan dikeluarkan Jabatan Meteorologi, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFS) dan model ramalan banjir JPS mendapati risiko kejadian banjir kilat di lokasi terbabit sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

"Di Pahang kawasan berisiko ialah Mukim Pelangai, Mukim Sabai, Bentong; Mukim Bera; Bandar Kuantan; Mukim Kuala Kuantan; Mukim Sungai Karang; Mukim Pekan; Mukim Pulau Manis; Mukim Bebar; Mukim Rompin dan kawasan sekitar.

"Turut berisiko ialah Mukim Sungkai, Batang Padang; Mukim Chanakat Jong, Hilir Perak serta Mukim Hulu Bernam Timor, Muallim, Perak.

"Selain itu, Mukim Ulu Bernam, Hulu Selangor; Pekan Bestari Java, Kuala Selangor; Bandar Shah Alam, Pekan Sedang, Pekan Batu Tiga, Mukim Petaling serta Mukim Dengkil, Sepang, Selangor," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh layari laman sesawang

https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook

@PublicInfoBanir dan Twitter@JPS_InfoBanjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 6:01 PM