Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja-raja Melayu berkenan berangkat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara hari ini. FOTO Bernama
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja-raja Melayu berkenan berangkat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara, hari ini.

Mesyuarat itu sekali lagi dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Tuanku Syed Sirajuddin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Selain itu, turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, selain dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir di mesyuarat itu.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Premier.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2022 @ 1:30 PM