PERDANA Menteri menjawab dakwaan menerusi Twitternya.
PERDANA Menteri menjawab dakwaan menerusi Twitternya.
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kasut berjenama dipakai Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah hadiah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Perdana Menteri menjelaskan perkara itu selepas pengguna Twitter membuat ciapan berunsur fitnah hingga tular.

"Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu.

"Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah," katanya menerusi Twitter, malam tadi.

Terdahulu, ciapan itu mempertikaikan niat Anwar sebelum ini yang menolak menggunakan Mercedes Benz S600 milik kerajaan kerana mahu menjimatkan perbelanjaan negara.

Sebaliknya pemilik akaun itu memuat naik kenyataan berbaur sinis dengan memaparkan gambar Anwar memakai kasut mewah itu yang dianggarkan bernilai RM5,500.

Gambar itu dipercayai dirakam ketika Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2022 @ 12:22 PM