ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mencari seorang pelajar sebuah madrasah dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di Hutan Lipur Lubuk Semilang, Langkawi. FOTO ihsan BOMBA
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mencari seorang pelajar sebuah madrasah dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di Hutan Lipur Lubuk Semilang, Langkawi. FOTO ihsan BOMBA
Hamzah Osman


Langkawi: Seorang pelajar madrasah dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan jatuh ke dalam sungai di Hutan Lipur Lubuk Semilang di sini, hari ini.

Terdahulu, mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar madrasah di Banting, Selangor itu dikatakan datang untuk mandi di sungai terbabit bersama tujuh rakannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi.

"Sejurus itu, dua jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Komander Operasi mengesahkan benar kejadian membabitkan remaja berusia anggaran 15 tahun dipercayai lemas," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamadul Ehsan berkata, anggota bomba kemudian melancarkan operasi mencari menerusi kaedah pencarian di permukaan (surface searching).

"Menurut saksi, mangsa bersama tujuh rakan sedang bermain air di kawasan itu sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

"Beberapa rakan cuba menyelamatkan mangsa namun gagal, sebelum menghubungi pasukan penyelamat bagi mendapatkan bantuan," katanya.

Beliau berkata, usaha mencari mangsa sedang dilakukan pasukan penyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2022 @ 1:03 PM