Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Mangsa banjir kilat di negeri ini meningkat kepada 271 orang daripada 79 keluarga dengan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah, setakat jam 8 pagi tadi.

Ia berbanding 245 mangsa banjir kilat daripada 72 keluarga, setakat jam 8 malam tadi.

Kulai kekal sebagai daerah paling terjejas dengan mangsa banjirnya meningkat ke 159 orang daripada 41 keluarga berbanding 150 mangsa banjir daripada 38 keluarga,malam tadi.

Mereka ditempatkan di PPS (SMK) Bukit Batu.

Mangsa banjir kilat di Kluang turut meningkat apabila dua PPS di sana turut merekodkan peningkatan jumlah mangsa.

KEADAAN banjir di Kampung Melayu Raya dan Kampung Paya Embun, Pontian Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
KEADAAN banjir di Kampung Melayu Raya dan Kampung Paya Embun, Pontian Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam, mencatatkan pertambahan ke 33 mangsa daripada 15 keluarga, manakala PPS SK Sungai Linau pula meningkat ke 27 mangsa daripada tujuh keluarga.

Manakala PPS dibuka di Pontian membabitkan SK Melayu Raya pula kekal dengan 52 mangsa daripada 16 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2022 @ 10:53 AM