Remaja yang ditahan polis selepas melakukan aksi 'wheelie'  di Jalan PCB, di sini, semalam. FOTO Ihsan PDRM
Remaja yang ditahan polis selepas melakukan aksi 'wheelie' di Jalan PCB, di sini, semalam. FOTO Ihsan PDRM
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tindakan tiga remaja berusia 16 tahun yang melakukan aksi 'wheelie' membawa padah apabila ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Pantai Cahaya Bulan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis mengesan dua motosikal ditunggang dua remaja dan seorang pembonceng kira-kira 6.30 petang.

Katanya, sebelum itu anggota polis melihat sekumpulan motosikal menghala ke Pantai Cahaya Bulan sambil bersaing dan menunggang secara melulu serta merbahaya.

"Dua motosikal didapati melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) dan sebaik mereka memberhentikan motosikal, tiga remaja itu ditahan untuk siasatan, manakala motosikal disita," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, tiga remaja terbabit disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala sebanyak lapan saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 5:30 PM