TIMBALAN Menteri KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof melawat mangsa banjir di PPS SMK Sri Gading. FOTO Essa Abu Yamin
TIMBALAN Menteri KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof melawat mangsa banjir di PPS SMK Sri Gading. FOTO Essa Abu Yamin
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 235 orang setakat 4 petang, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, jumlah itu membabitkan 68 keluarga di sekitar Sri Gading.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 204 mangsa daripada 57 keluarga yang dilaporkan terjejas pada 8 pagi tadi.

"Kesemua mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Sri Gading.

"Mangsa adalah penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, banjir berlaku susulan hujan lebat serta air pasang besar yang memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan berkenaan.

"Setakat ini, hanya satu PPS yang beroperasi dan menempatkan mangsa banjir sejak 1.30 pagi semalam. Cuaca dilaporkan cerah setakat 4 petang ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2022 @ 5:06 PM