Antara persekitaran premis makanan yang diperiksa Pegawai Penguatkuasaan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sekitar Daerah Barat Daya, di sini. FOTO IHSAN MBPP
Antara persekitaran premis makanan yang diperiksa Pegawai Penguatkuasaan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sekitar Daerah Barat Daya, di sini. FOTO IHSAN MBPP
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Buang sisa minyak dan kotoran ke dalam longkang serta penemuan najis tikus. Itu antara kesalahan yang dikenal pasti Pegawai Penguatkuasaan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi pemeriksaan yang dijalankan di beberapa premis makanan sekitar daerah Barat Daya, di sini, semalam.

Daripada empat premis makanan yang diperiksa, sebanyak tiga daripadanya diberi notis penutupan sementara bagi kerja pembersihan menyeluruh.

Jurucakap MBPP berkata, selain penemuan najis tikus, didapati makanan mentah juga diletakkan di atas lantai.

Pemilik dan pekerja premis didapati mengalirkan sisa basuhan yang kotor termasuk minyak ke dalam parit awam selain perangkap minyak (grease trap) tidak diselenggara dengan baik.

"Menerusi pemeriksaan mengejut itu didapati tiga daripada empat premis makanan berkenaan dengan sengaja mengabaikan aspek kebersihan asas.

"Keadaan ini akan memberi pandangan buruk dan kesan negatif terhadap pengendalian makanan," katanya menerusi hantaran di Facebook

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2022 @ 8:43 AM