Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Suri rumah dipercayai memukul suaminya hingga mati di Taman Daya, di sini, semalam ditahan reman tujuh hari sehingga 22 Julai depan.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Melody Woon Sze Mun, hari ini.

Wanita berusia 36 tahun itu yang memakai t-shirt putih dan seluar lokap tiba ke mahkamah pada 8.45 pagi.

SURI rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi perintah tahanan reman. FOTO Mary Victoria Dass
SURI rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi perintah tahanan reman. FOTO Mary Victoria Dass

Lelaki, 44, ditemukan maut di kediamannya di Flat Nipah.

Kejadian dipercayai berlaku pada 7.50 pagi semalam dan siasatan awal polis mendapati mangsa cedera di kepala akibat diserang dengan senjata tumpul.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Polis turut mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan:

  • Wanita disyaki bunuh suami didapati positif dadah
  • Kesan ikatan, pukul, tikaman di tubuh suami /a>
  • Suami dipukul sampai mati
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2022 @ 11:03 AM