MOHD Shahrizal (tiga kiri) menyampaikan bantuan kepada murid. FOTO ihsan YBR
MOHD Shahrizal (tiga kiri) menyampaikan bantuan kepada murid. FOTO ihsan YBR
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM125,000 kepada murid sekolah rendah dan menengah di kawasan negeri utara.

YBR dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan murid sekolah di Larut, Pokok Sena, Jerai, Nibong Tebal dan Kulim Bandar Baharu.

Menurutnya, seramai 1,250 murid sudah menerima bantuan dalam program bantuan persekolahan YBR itu.

Penyampaian replika cek bantuan disempurnakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR Datuk Mohd Shahrizal Sahri di majlis penyerahan yang berasingan baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

 (Dari kiri) Penolong kanan pentadbiran SK Langgar, Muhammad Nasir Omar; Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Mohd Shahrizal; Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Said Ali Syed Rastan; dan Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaludin. FOTO ihsan YBR
(Dari kiri) Penolong kanan pentadbiran SK Langgar, Muhammad Nasir Omar; Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Mohd Shahrizal; Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Said Ali Syed Rastan; dan Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaludin. FOTO ihsan YBR

Sementara itu, Mohd Shahrizal berkata, sumbangan itu diharapkan dapat membantu terutamanya dalam kalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan dari segi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing masing.

"Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan juga melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam menanggung sesi persekolahan yang dijalankan semasa fasa peralihan endemik.

"Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan," katanya.

Untuk rekod sehingga kini, 60,558 murid sudah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM6.72 juta sejak 2018.

Bagi 2022, sejumlah RM3.0 juta diperuntukan dalam program bantuan persekolahan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 2:55 PM