ANGGOTA bomba memadam kebakaran di pusat penyimpanan kenderaan terpakai di Jalan Bendahara, Kampung Temiang, Ipoh. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di pusat penyimpanan kenderaan terpakai di Jalan Bendahara, Kampung Temiang, Ipoh. FOTO Ihsan Bomba.
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Sebanyak 120 kereta terpakai musnah dalam kebakaran di pusat penyimpanan kenderaan terpakai di Jalan Bendahara, Kampung Temiang di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan kebakaran itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh pada 10.30 pagi dan bergegas ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan tempat penyimpanan kereta potong dan tidak membabitkan mangsa.

"Keseluruhannya 120 kereta yang terbakar dengan anggaran kemusnahan adalah 80 peratus," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya operasi pemadaman dibantu BBP Ipoh, BBP Kuala Kangsar, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Pasir Pinji dan Menglembu.

"Pemadaman api menggunakan aliran 200 kaki daripada tiga pancutan air tangki jentera dan sumber pili bomba," katanya

Operasi itu tamat pada 1.34 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 4:32 PM