GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kota Bharu: Kelantan FC mengesahkan tiada pemain pasukan itu ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, di sini, Ahad lalu.

Pengurus Operasi TRW Kelantan FC Qusmaini Noor Rosli berkata, perkara itu disahkan selepas siasatan dalaman oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan berhubung isu terbabit.

"Kami (Kelantan FC) mengesahkan bahawa tiada pemain Kelantan FC yang terlibat mahupun berkait rapat dengan isu tidak bermoral ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemain bola sepak liga tempatan berusia 28 tahun ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, selepas mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis.

Qusmaini berkata, Kelantan FC juga mengambil serius tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes terbabit.

"Kelantan FC telah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang menabur fitnah kepada pemain pasukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2022 @ 12:52 PM