Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan pada bila-bila masa.

Ismail Sabri berkata, beliau akan membincangkan tarikh PRU15 bersama pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi memutuskan tarikh sebenar.

"Kalau BN sudah bersiap sedia saya tak akan melewatkan sesaat pun PRU15 seperti dipersetujui sebelum ini dalam Perhimpunan Agung Umno lalu, PRU15 akan dibincangkan bersama lima pimpinan tertinggi.

"Jadi, saya setuju untuk berbincang dengan pimpinan BN untuk menentukan tarikh," katanya sempena Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini.

AHMAD Zahid bergambar ketika hadir ke Majlis Anugerah Gerakan Belia 4B di MAHSA University Jenjarom hari ini. FOTO Bernama
AHMAD Zahid bergambar ketika hadir ke Majlis Anugerah Gerakan Belia 4B di MAHSA University Jenjarom hari ini. FOTO Bernama

Menurutnya, walaupun rakyat kembali menyokong BN berdasarkan beberapa kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, BN tidak boleh merasa selesa kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk memenangi hati rakyat, bagi menjamin kejayaan dalam PRU15.

"Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi PRU15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang bagi mengekalkan rentak kemenangan yang sudah kita capai mutakhir ini.

"Lantaran itu, saya mencadangkan gerak kerja untuk kita laksanakan bersama iaitu BN hari ini harus sentiasa berusaha untuk mencapai budaya kerja kelas pertama yang ditafsirkan sebagai berpasukan, berdisiplin dan kesetiaan kepada parti.

"Elemen kedua ingin saya tekankan BN perlu memenangi hati rakyat. Saya sebagai sebagai Perdana Menteri akan memastikan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat.

"Selain itu, perkhidmatan yang terbaik harus diberikan kepada rakyat. Kerajaan sentiasa cakna, mengambil berat, mencari inisiatif terbaik dan segera menyelesaikan masalah setempat.

"Ketiga ialah merangka strategi formula strategi kemenangan PRU15 yang perlu fokus kepada pemantapan jentera pilihan raya di antara parti komponen," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2022 @ 5:13 PM