GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,063,569 atau 30 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,646,257 kanak-kanak atau 46.4 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4 peratus) lengkap menerima vaksinasi, manakala 3,002,852 (96.5 peratus) daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,066,394 atau 68.3 peratus golongan dewasa menerima dos penggalak, manakala 22,971,246 (97.6 peratus) lengkap dua dos dan 23,247,211 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 9,228 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,689,336.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Melaka dan masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Selangor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 9:40 AM