Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Aliran trafik di laluan Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara dan selatan menunjukkan kesesakan berikutan pertambahan kenderaan sempena perayaan Aidilfitri.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi Twitternya setakat jam 8.32 malam ini menunjukkan kesesakan sepanjang 4.4 kilometer (km) di Bukit Berapit arah utara dan 12 km di Juru Auto City ke Permatang Pauh.

Menurutnya, aliran trafik ke arah selatan pula menunjukkan kesesakan di Bukit Berapit-Sungai Perak sepanjang 18.2 km, Ipoh Utara ke Ipoh Selatan (25 km), Tapah-Bidor (4.5 km), Bidor-Sungkai (26.3 km).

"Trafik turut sesak dari Permatang Pauh-Perai sepanjang 7.6 km, Juru- Bandar Cassia (11.3 km), Bukit Merah-Taiping (10.5 km), Changkat Jering-Bukit Gantang (16.2 km) dan hentian rehat dan rawat (R&R) Bukit Gantang-Bukit Berapit (6.4 km)," katanya.

Manakala menerusi Twitter Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) pula setakat jam 8.13 malam ini menunjukkan kesesakan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari km 70.5 hingga km 61.8 (Karak-Bentong) sejauh 8.7 km.

"Kesesakan turut berlaku Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dari km 61.8 ke km 48 sejauh 13.8 km berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2022 @ 9:17 PM
ALIRAN trafik menghala ke Selatan sesak ketika tinjauan di Plaza Tol Ipoh Selatan. FOTO L Manimaran.
ALIRAN trafik menghala ke Selatan sesak ketika tinjauan di Plaza Tol Ipoh Selatan. FOTO L Manimaran.